1. Penyelesaian masalah secara saintifik.
-
Satu kaedah yang mengaplikasikan pengetahuan dalam
bidang sains sama ada biologi, kimia ataupun fizik ; kemahiran berfikir
dan kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif. Kaedah pembelajaran
berasaskan masalah yang diubahsuai akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif.
-
Penyelesaian masalah secara saintifik melibakan proses
empirical – induktif, iaitu membuat hipotesis dengan menguji kebenaran
hipotesis yang dikemukakan ; mengumpul maklumat yang berkaitan yang diperlukan
sebelum kesimpulan dibuat dan akhirnya membuat kesimpulan setelah semua
hipotesis diuji kebenarannya dan maklumat yang diperoleh adalah tepat.
-
Pemikiran saintifik juga dikaitkan dengan penggunaan
logik ; satu proses pemikiran yang tidak beremosi ; sukar dipengaruhi serta
proses yang melihat langkah demi langkah.
-
Munir Shuib et. Al
(2002) menyelesaikan
masalah saintifik melalui 3 langkah :
i)
Mengadakan hipotesis – ramalan yang munasabah berdasarkan pemerhatian. Berasaskan persoalan
yang timbul, satu penyelesaian yang dicadangkan dikenali sebagai hipotesis saintifik.
Setiap hipotesis mempunyai akibat iaitu, hipotesis itu boleh meramalkan sesuatu
daripada fenomena yang dipertimbangkan. Setiap hipotesis adalah benar.
ii)
Mengumpul maklumat – pengumpulan data yang bertujuan untuk menguji hipotesis yang dibuat. Maklumat
boleh dikumpul melalui aliran pancaindera seperti pendengaran, penglihatan,
pembauan, sentuhan dan rasa. Ini dapat membezakan kaedah saintifik dengan
kaedah yang tidak saintifik.
iii)
Membuat kesimpulan – mengadakan interprestasi dan kesimpulan tentang kajian yang telah
dijalankan. Selagi tiada bukti,
kesimpulan tidak boleh dibuat. Sikap saintifik akan menangguhkan sebarang
keputusan selagi tidak memperolehi bukti dan maklumat yang cukup dan
menyakinkan tentang hipotesis yang diuji. Satu keputusan akan dibuat jika
maklumat benar , tepat dan menyakinkan.
2. Penyelesaian masalah secara kritis / logik.
-
Pemikiran yang berpusat kepada argument, memberi
hujah dan memberi kebenaran. Merupakan proses membuat judgement
terhadap sesuatu perkara atau idea dan bertujuan untuk mencari kebenaran, iaitu
memisahkan yang dianggap silap dan mengetepikannya. Kemahiran ini mempunyai
kelemahan kerana kebenaran maklumat mungkin dikaitkan dengan pengetahuan,
pengalaman dan pengamatan individu yang terlibat sahaja.
-
Penyelesaian boleh dikaitkan dengan logik.
Pemikiran logik mementingkan maklumat dan fakta yang benar. Ia merupakan
pemikiran yang yang bersifat turutan, iaitu berfikir tentang sesuatu, diikuti
dengan sesuatu yang lain secara berterusan. Penyelesaian masalah secara logik mencari
kaitan sebab akibat, membuat kesimpulan dan mempertahankan hujah.
-
Pemikiran logik berguna dalam pelbagai aspek. Dalam
aktiviti penyelidikan, masalah diselesaikan dengan logik dalam membuat
penilaian, penelitian dan penganalisisan terhadap sesuatu isu dalam bidang
penyelidikan. Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar dapat memahami sesuatu fakta
dengan betul dan mempercepatkan pemahaman dalam proses pembelajaran.
-
Kelebihan : melatih seseorang berfikir dengan tepat dan tersusun. Kaedah
logik amat menekankan persoalan sebab dan akibat dan hujah – hujahnya.
-
Menurut Abdul
Rahman (2002)
menyelesaikan masalah secara logik melalui langkah berikut :
i)
Mengenalpasti dan memahami premis masalah. Ini adalah penting kerana
penyelesaian tidak dapat diperoleh jika tidak mengetahui kedudukan persoalannya
yang sebenar. Akan berlaku konflik jika tidak mengetahui isu yang sebenar.
ii)
Mencari sebab dan punca masalah. Ini juga penting kerana kesilapan menjejaki puncanya
yang sebenar menyebabkan seseorang membuang masa dan tenaga yang sia- sia.
iii)
Menilai dan memilih cara penyelesaian yang terbaik.
Terdapat berbagai cara, tetapi melalui proses penilaian baik buruk
secara kritikal, maka akhirnya terpilih satu cara yang terbaik.
iv)
Membuat kesimpulan tentang kesan pelaksanaannya. Ini dibuat untuk mengesahkan premis
yang dipilih dan relevan dengan maklumat awal.
3. Penyelesaian masalah secara islam.
-
Menurut Abdul Rahman
(2002) penyelesaian masalah secara islam terbahagi kepada tiga
pendekatan yang juga dikenali sebagai aqidah , syariah dan akhlak. Pendekatan ini
saling melengkapi dan saling menguatkan kerana semua berasaskan
ajaran islam yang syumul (menyeluruh) dan takammul
(sempurna).
·
Pendekatan tauhid atau akidah :
Masalah manusia terbahagi
kedapa dua kategori besar :
- masalah amali (masalah segera) – masalah umum yang dihadapi
oleh setiap orang dalam kehidupan tidak mengira bangsa dan agama.
- masalah abadi (masalah utama) – masalah yang paling penting
tetapi tidak semua yang mempedulikan.
Kedua- dua masalah ini
wujud secara dikotomi atau terpisah antara satu sama lain.
·
Pendekatan hukum atau syariah :
Bersifat rasional dan intelektual. Bersifat tegas
dan keras. Hukum – hukum seperti hukum ibadat, munakahat, jinayat, hudud
dan sebagainya merupakan hukum- hukum yang terdapat dalam al - Quran dan Sunnah
(wajib dipatuhi). Hukum ijtihad bersifat rasional dapat berubah – ubah menurut
perubahan masa dan tempat.
Ciri2 syariat
islam adalah rabbani (ketuhanan); alamiyyah (universal); syumul (menyeluruh);
harakah (bergerak) dan wasatiyyah (seimbang). Inilah yang menjadi asas kepada
prinsip penyelesaian masalah secara islam.
·
Pendekatan sufi atau akhlak :
Bersifat moral dan spiritual. Bersifat lembut.
Pendekatan ini memerlukan kefahaman dua perkara asas :
- hakikat masalah : masalah sebenar umat islam bukannya soal ilmu
atau pemikiran, tetapi soal akhlak dan amalan. Ramai orang menguasai ilmu, tapi
penyakit sebenar ialah jiwa dan hawa nafsu yang kotor. Dengan memahami hakikat
masalah barulah dapat menyelesaikan masalah dengan sempurna.
- sebab
masalah : ada 2 faktor iaitu faktor tuhan ( pencipta yang berkuasa dan
makhluk wajib tunduk kepadanya) dan faktor manusia sendiri (manusia diberi
kekuatan atau kudrat dan kemahuan untuk melakukan sesuatu).
No comments:
Post a Comment