Wednesday, 6 November 2013

PENYELESAIAN MASALAH


1.  Penyelesaian masalah secara saintifik.


-          Satu kaedah yang mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang sains sama ada biologi, kimia ataupun fizik ; kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif. Kaedah pembelajaran berasaskan masalah yang diubahsuai akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif.

-          Penyelesaian masalah secara saintifik melibakan proses empirical – induktif, iaitu membuat hipotesis dengan menguji kebenaran hipotesis yang dikemukakan ; mengumpul maklumat yang berkaitan yang diperlukan sebelum kesimpulan dibuat dan akhirnya membuat kesimpulan setelah semua hipotesis diuji kebenarannya dan maklumat yang diperoleh adalah tepat.

-          Pemikiran saintifik juga dikaitkan dengan penggunaan logik ; satu proses pemikiran yang tidak beremosi ; sukar dipengaruhi serta proses yang melihat langkah demi langkah.

-          Munir Shuib et. Al (2002) menyelesaikan masalah saintifik melalui 3 langkah :

i)                    Mengadakan hipotesis – ramalan yang munasabah berdasarkan pemerhatian. Berasaskan persoalan yang timbul, satu penyelesaian yang dicadangkan dikenali sebagai hipotesis saintifik. Setiap hipotesis mempunyai akibat iaitu, hipotesis itu boleh meramalkan sesuatu daripada fenomena yang dipertimbangkan. Setiap hipotesis adalah benar.

ii)                  Mengumpul maklumat – pengumpulan data yang bertujuan untuk menguji hipotesis yang dibuat. Maklumat boleh dikumpul melalui aliran pancaindera seperti pendengaran, penglihatan, pembauan, sentuhan dan rasa. Ini dapat membezakan kaedah saintifik dengan kaedah yang tidak saintifik.

iii)                Membuat kesimpulan – mengadakan interprestasi dan kesimpulan tentang kajian yang telah dijalankan.  Selagi tiada bukti, kesimpulan tidak boleh dibuat. Sikap saintifik akan menangguhkan sebarang keputusan selagi tidak memperolehi bukti dan maklumat yang cukup dan menyakinkan tentang hipotesis yang diuji. Satu keputusan akan dibuat jika maklumat benar , tepat dan menyakinkan.



  2. Penyelesaian masalah secara kritis / logik.


-          Pemikiran yang berpusat kepada argument, memberi hujah dan memberi kebenaran. Merupakan proses membuat judgement terhadap sesuatu perkara atau idea dan bertujuan untuk mencari kebenaran, iaitu memisahkan yang dianggap silap dan mengetepikannya. Kemahiran ini mempunyai kelemahan kerana kebenaran maklumat mungkin dikaitkan dengan pengetahuan, pengalaman dan pengamatan individu yang terlibat sahaja.

-          Penyelesaian boleh dikaitkan dengan logik. Pemikiran logik mementingkan maklumat dan fakta yang benar. Ia merupakan pemikiran yang yang bersifat turutan, iaitu berfikir tentang sesuatu, diikuti dengan sesuatu yang lain secara berterusan. Penyelesaian masalah secara logik mencari kaitan sebab akibat, membuat kesimpulan dan mempertahankan hujah.

-          Pemikiran logik berguna dalam pelbagai aspek. Dalam aktiviti penyelidikan, masalah diselesaikan dengan logik dalam membuat penilaian, penelitian dan penganalisisan terhadap sesuatu isu dalam bidang penyelidikan. Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar dapat memahami sesuatu fakta dengan betul dan mempercepatkan pemahaman dalam proses pembelajaran.

-          Kelebihan : melatih seseorang berfikir dengan tepat dan tersusun. Kaedah logik amat menekankan persoalan sebab dan akibat dan hujah – hujahnya.

-          Menurut Abdul Rahman (2002) menyelesaikan masalah secara logik melalui langkah berikut :

i)                    Mengenalpasti dan memahami premis masalah. Ini adalah penting kerana penyelesaian tidak dapat diperoleh jika tidak mengetahui kedudukan persoalannya yang sebenar. Akan berlaku konflik jika tidak mengetahui isu yang sebenar.

ii)                  Mencari sebab dan punca masalah. Ini juga penting kerana kesilapan menjejaki puncanya yang sebenar menyebabkan seseorang membuang masa dan tenaga yang sia- sia.

iii)                Menilai dan memilih cara penyelesaian yang terbaik.  Terdapat berbagai cara, tetapi melalui proses penilaian baik buruk secara kritikal, maka akhirnya terpilih satu cara yang terbaik.

iv)                Membuat kesimpulan tentang kesan pelaksanaannya. Ini dibuat untuk mengesahkan premis yang dipilih dan relevan dengan maklumat awal.




 3. Penyelesaian masalah secara islam. 


-          Menurut Abdul Rahman (2002) penyelesaian masalah secara islam terbahagi kepada tiga pendekatan yang juga dikenali sebagai aqidah , syariah dan akhlak. Pendekatan ini saling melengkapi dan saling menguatkan kerana semua berasaskan ajaran islam yang syumul (menyeluruh) dan takammul (sempurna).

·         Pendekatan tauhid atau akidah :
Masalah manusia terbahagi kedapa dua kategori besar :
- masalah amali (masalah segera) – masalah umum yang dihadapi oleh setiap orang dalam kehidupan tidak mengira bangsa dan agama.
- masalah abadi (masalah utama) – masalah yang paling penting tetapi tidak semua yang mempedulikan.

Kedua- dua masalah ini wujud secara dikotomi atau terpisah antara satu sama lain.

·         Pendekatan hukum atau syariah :
Bersifat rasional dan intelektual. Bersifat tegas dan keras. Hukum – hukum seperti hukum ibadat, munakahat, jinayat, hudud dan sebagainya merupakan hukum- hukum yang terdapat dalam al - Quran dan Sunnah (wajib dipatuhi). Hukum ijtihad bersifat rasional dapat berubah – ubah menurut perubahan masa dan tempat.

Ciri2 syariat islam adalah rabbani (ketuhanan); alamiyyah (universal); syumul (menyeluruh); harakah (bergerak) dan wasatiyyah (seimbang). Inilah yang menjadi asas kepada prinsip penyelesaian masalah secara islam.

·         Pendekatan sufi atau akhlak :
Bersifat moral dan spiritual. Bersifat lembut. Pendekatan ini memerlukan kefahaman dua perkara asas :
- hakikat masalah : masalah sebenar umat islam bukannya soal ilmu atau pemikiran, tetapi soal akhlak dan amalan. Ramai orang menguasai ilmu, tapi penyakit sebenar ialah jiwa dan hawa nafsu yang kotor. Dengan memahami hakikat masalah barulah dapat menyelesaikan masalah dengan sempurna.


- sebab masalah : ada 2 faktor iaitu faktor tuhan ( pencipta yang berkuasa dan makhluk wajib tunduk kepadanya) dan faktor manusia sendiri (manusia diberi kekuatan atau kudrat dan kemahuan untuk melakukan sesuatu).

Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz


Siapa yang tak kenal,dengan Gabenor Bank Negara, yang pakar dalam ekonomi, kewangan dan juga seorang pemikir yang dinamis, itulah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau memang banyak sumbangannya kepada negara dari  ancaman ekonomi anasir-anasir luar negara dan dalam negara. Berikut merupakan sedikit latar belakang mengenai wanita yang dikagumi daya fikiran nya ini .

LATAR BELAKANG
Y.M. Tan Sri Dato Ungk Dr.zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada 27 Ogos 1947 di Johor Bharu .Beliau merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Syarifah Azah Aziz. Beliau merupakan  awanita pertama yang dilantik sebagai gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai wanita yang paling berkuasa di Malaysia

KELUARGA

Wanita yang berfikiran kritis ini merupakan anak hasil daripada perkhawinan pasangan Prof Ungku Aziz dan Puan Azah Aziz. Beliau telah berkhawin dengan Dr. Taufik Ayman dan dikurnikan dua cahaya mata iaitu Alif dan Aziz.

Prof Ungku Aziz dan Puan Azah Aziz
Dr Taufik Ayman



PENDIDIKAN AWAL

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta,Petaling jaya pada 1958. Pada tahun 1970 , beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal . Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.




KERJAYA

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada ! september 1998 , beliau dilantik sebagai pemangu Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri . Kemudian pada ! Mei 2000 , beliau dilanti sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan merupakan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dari tahun 1998-2000.Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional sejak tahun 2004 .



PENCAPAIAN

Telah banyak pencapaian yang diterima oleh Dr Zeti sepanjang penglibatan nya dalam dunia ekonomi . Antara pencapaian yang membanggakan ialah beliau telah  terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance pada 13 September, 2010.
Beliau juga turut menerima anugerah seperti:-
        

Apr 8, 1998 D.P.M.J. Dato' Paduka Makhota JohorJohor. Dato'
Aug 24, 2000 Tun Fatimah Gold Medal in conjunction with the Wanita 2000 celebration.
Aug 2000 Wanita Paling Berkuasa dalam Bidang Kewangan, Global Finance Magazine.
Sep 2000 D.K. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Rakyat Kedua, Johor.
Jun 2, 2001 P.S.M. Panglima Setia Mahkota, Agong. Tan Sri
Oct 24, 2002 S.S.A.P. Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang. Dato' Sri
Sep 2003 Named Asia's best central bank governor for 2003 by Euromoney Institutional Investors Plc, a UK-based financial publication house.
Jan 2004 Named Global Central Bank Governor for 2004 by The Banker magazine.
Sep 2005 The central Banker of the Year Award 2005, by the Euromoney
Jan 2006 An Honorary Doctorate of Laws, University of Nottingham. Doctor
Dec 2010 Tokoh Ma'al Hijrah 1432